Senin, 04 April 2011

ciri-ciri untuk mencapai tahap wanita solehah


1) Taat dan patuh kepada Allah iaitu melebihi kecintaan terhadap Allah dan Rasulullah saw serta berjihad melebihi keduniaan.

2) Menutupi keseluruhan aurat dan tidak berhias untuk mempamerkan kecantikan, melainkan dalam rangka ketaatan berdasarkan al-Qurab,hadis dan pendapat para ulama.Hukum Islam yang menetapkan bahawa pakaian wanita muslimah haruslah memenuhi syarat-syarat berikut:-

** Pakaian itu menutupi keseluruhan aurat kecuali apa yang telah ditetapkan dalam Islam.

** Tidak terlalu nipis sehingga nampak bebayang tubuh badan dari luar.

** Tidak terlalu ketat dan sempit.

** Warna pakaian itu suram dan gelap sehinggakan lelaki tidak bernafsu melihatnya.

** Tidak menyerupai pakaian lelaki atau wanita kafir.

** Pakaian itu bukan untuk bermegah-megah.

Demikianlah betapa tertibnya peraturan Islam tentang pemeliharaan aurat yang mana bila diabaikan boleh mengundang pelbagai fitnah pada diri wanita itu sendiri.

3) Tidak berhias dan bertingkah laku seperti wanita jahiliyah.

4) Tidak keluar bersendirian (tanpa tujuan munasabah) dan tidak pula bersama mana-mana lelaki pun kecuali ditemani mahramnya.Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud;

"Sesungguhnya telah diizinkan Allah bagimu(wanita)keluar untuk suatu keperluan yang dibenarkan olah syara' " (Riwayat Bukhari)

Dan sabda baginda saw lagi yang bermaksud;

"Tidak sekali-kali seorang wanita dan lelaki berdua-duaan kerana yang ketiganya adalah syaitan kecuali disertai mahramnya"

5) Selalu membantu sesama Islam dalam perkara kebenaran,kebajikan dan taqwa.

6) Berbuat baik kepada ibu bapa.Firman Allah Ta'ala yang bermaksud;

"Dan Kami perintahkan(berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya,ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang lemah dan bertambah-tambah dan menyusukannya dalam tempoh 2 tahun,bersyukurlah kepadaKu dan kedua ibu bapa kamu,hanya kepadaKu lah tempat kembali" ( luQman : 14 )

7) Sentiasa berinfaq baik dalam keadaan sempit maupun dalam keadaan lapang.Sabda baginda saw yang bermaksud;

"Wahai sekalian wanita,bersedakahlah kamu dan perbanyakkanlah mohon ampun kerana Aku tahu kebanyakan daripada kamu adalah penghuni neraka" (Riwayat Muslim)

8) Tidak berdua-duaan dengan lelaki asing.Sabda baginda saw yang bermaksud;

"Jangan sekali-kali berdua-duaan dengan lelaki dan wanita kerana yang ketiganya adalah syaitan"

9) Bersikap baik dengan tetangga.Sabda Rasulullah saw yang bermaksud;

"Demi Allah yang jiwaku ditangannya tidaklah seorang itu disebut beriman sehingga ia senangkan tetangga apa yang dia senangi untuk dirinya" (Riwayat Bukhari Muslim)

Sebenarnya masih banyak lagi ciri-ciri wanita solehah jika dihuraikan secara mendalam. Namun anggaplah nukilan di atas memadai sebagai pegangan dasar.Paling tidak keterangan di atas secara global dapat kita meng 'indentifikasi' kan wanita solehah dari yang lain.

Andainya ciri-ciri tersebut masih belum terdapat pada diri anda sebagai seorang muslimah secara keseluruhannya, tidak bererti kita ini tidak solehah,tetapi skala ke 'solehah' an kita itu masih kecil dan kita harus menyempurnakan untuk mencapai tahap wanita solehah dan memiliki cinta Allah dan rasulNya.Seterusnya mengecapi ketenangan dan kedamaian jiwa di dunia yang fana dan syurga yang abadi.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar