Senin, 04 April 2011

HIDUP SEBAGAI SEORANG MUSLIMAH.

Surah ali imran : 139


“ janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal

kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang

beriman.”


Hadis sahih bukhari dan muslim yang membawa maksud :-

Sesungguhnya orang yang paling aku sukai di antara kalian adalah orang yang paling

baik akhlaknya, iaitu mereka yang selalu merendah diri lagi menyukai orang lain dan

mereka menyukainya. Sesungguhnya, orang yang paling aku benci di antara kalian

ialah orang yang berjalan kian ke mari, mengadu domba, memecahbelah hubungan di

antara orang-orang yang saling mengasihi, dan selalu mencari-cari kelemahan orang

lain yang tidak bersalah.


Asalnya wanita adalah daripada tulang rusuk kiri adam, yang sangat lemah.

Jika ianya di biarkan, ianya akan bertambah bengkok. Jika ianya di paksa untuk di

luruskan, ianya boleh patah. Ianya mesti di didik dengan lembut dan saksama.

Wanita, hakikatnya lemah. Namun, jika tarbiyahnya benar, ia akan mampu

menandingi kaum selainnya, adam. Iman seorang muslimah mampu menandingi iman70

muslim. Juga di katakan, seorang solehah itu sama dengan 1000 orang soleh. Dan,

ingatlah manusia yang pertama gugur dalam sejarah islam adalah seorang wanita

iaitu sumayyah. Wanita juga mampu berdiri di zaman ini. Namun, sejauh mana wanita

mampu berdiri, imam akan selamanya adalah seorang lelaki. Tidak pernah dan tidak

akan pernah imam itu adalah seorang wanita. Ini kerana wanita hanya mempunyai 1

akal dan 9 nafsu daripada 10, manakala kaum adam mempunyai 9 akal dan 1 nafsu

daripada 10. Tetapi, mereka berkata, di sebalik kejayaan setiap adam, berdirinya

seorang hawa yang menjadi tunggak belakang yang kukuh.


Jadi, sebelum wanita ini menjadi seorang muslimah yang solehah, tarbiyahnya

mestilah kena pada tempatnya. Allah itu suka pada orang yang bertaqwa, nabi suka

pada orang yang suka berselawat padanya, tiada orang di dunia ini yang tidak suka

dengan orang yang baik kecuali orang yang jahat. Iblis itu suka pada orang yang

munafiq. Setiap daripada kita tahu apa yang baik dan buruk pada diri kita. Just say

yes to good, just say no to bad. Cuma, kita perlu tambah pengetahuan yang ada pada

kita. Tuntut ilmu sebanyak yang mungkin. Sesungguhnya, as-syafie pernah berguru

dengan seorang wanita. Kenapa kita tidak menjadikan wanita itu sebagai contoh, yang

mempunyai ilmu sehingga satu daripada imam mazhab berguru dengannya.

Wanita ini suka sekiranya di puji cantik. Namun, seorang muslimah tidak

akan risau sekiranya dia tidak di puji cantik, kerana wajah itu cerminan hati.

Apabila nur iman telah penuh di dada, pasti cahayanya akan terpantul hingga ke

luar. Dan, cantik itu hanyalah sementara. Biar namamu buruk di mulut penduduk bumi,

pastikan namamu menjadi sebutan penduduk langit.

Perjalanan seorang muslimah sangat jauh. Ianya sekejap, namun ianya sangat

jauh. Dalam perjalanan seoarng muslimah, 3 M ini sangat di perlukan. Muhasabah,

mujahadah dan muraqabah. Seorang ustazah pernah memberitahu ini. Seorang muslimah

selalunya hanya akan mengamalkan 2 M sahaja dan melupakan M yang terakhir. Dia akan

bermuhasabah dan bermujahadah, namun dia akan lupa untuk bermuraqabah. Muhasabah

ialah merenungi kembali kesilapan yang telah diri lakukan pada masa lalu, dan

mujahadah pula ialah perjuangan diri untuk menjaga hati dan tidak mengulangi dosa

masa lalu, manakala muraqabah pula ialah usaha untuk menjaga mujahadah itu supaya

kekal selalu. Namun, inilah yang selalu muslimah lupakan. Dia berazam untuk

berjuang tidak mengulang dosa masa lalu, namun dia tidak menjaga azam tersebut.

Jika dia berazam sebelum tidur, apabila dia bangun tidur, azam itu sudah di

lupakannya.

Muslimah ini umpama permata.



Sekiranya kita mempunyai cincin yang mempunyai

permata yang sangat kita sayangi, pasti cincin itu akan kita simpan dengan penuh

kasih sayang dan berhati-hati. Kita akan gilap ia setiap masa. Kita akan pastikan

ianya terjaga dengan baik supaya nilanya tidak akan hilang. Kita tidak akan

sekali-kali akan menyepahkan ianya di merata-rata tempat kerana sayangnya kita akan

ia. Begitulah seorang muslimah ini. Wanita pada masa dahulu tidak lebih daripada

sekadar barang mainan yang boleh di tanam hidup-hidup tika lahirnya, atau di jual

beli tika hidupnya, atau di warisi tika pemiliknya itu meninggal. Wanita tidak

pernah mendapat tempat yang sepatutnya, mereka tidak pernah di layan seperti

manusia, tidak pernah di beri peluang untuk menuntut ilmu. Namun, kedatangan islam

telah mengubah kedudukan wanita ini di mata dunia. Wanita juga adalah manusia yang

layak untuk mendapat layanan yang sepatutnya. Allah telah menyediakan tempat untuk

wanita di muka bumi ini. Dan, alhamdulillah, kita hidup di zaman yang mana

masyarakatnya telah melihat apa yang mampu di lakukan oleh seorang wanita ini.


Istimewanya seorang muslimah ini ialah mudah untuk masuk ke syurga. Dia

melaksanakan perintah allah, mematuhi suami dan ibubapanya, allah akan mengharamkan

api neraka terhadap tubuhnya. namun, seorang wanita juga amat mudah untuk masuk ke

neraka, kerana lidahnya. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud, aku

melihat orang yang paling ramai di syurga ialah fakir, namun di neraka yang aku

lihat paling ramai ialah wanita yang masuk neraka kerana lidahnya.


satu kisah pendek untuk di kongsi bersama semua ialah kisah rabiatul

adawiyah yang pada satu ketika di ajak oleh seorang ahli sufi yang menyukainya

untuk solat di atas air, namun di tolak kerana dia telah mendapat jemputan yang

lebih baik iaitu untuk solat di atas awan. Kesimpulannya, kita juga boleh mendapat

darjat sepertinya jika kita tidak berhenti berjuang. Hidup dalam usrah, kita hendak

sentiasa nasihat-menasihati satu sama lain. Kita tidak saja memuji sahabat tika dia

berbuat baik, namun kita juga berani menegurnya tika dia membuat kesalahan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar